Fighters 0509 Interhouse Showdown 24/25 – Bowling
FIGHTERS 0509 INTERHOUSE SHOWDOWN 2024/2025 – BOwling berpasukan
Persatuan Alumni Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya Kelas 2005 – 2009
IOI WANGSA BOWL | 08 Februari 2025
Pada Sabtu, 8hb Februari yang lepas, siri Fighters 0509 Interhouse Showdown telah diteruskan dengan acara perlawanan bowling berpasukan di antara rumah kediaman bertempat di IOI Wangsa Bowl, IOI City Mall. Alhamdulillah acara kali ini mendapat sambutan yang amat membanggakan dengan ramai ahli hadir bersama dengan isteri dan anak masing-masing yang turut sama bertanding untuk rumah kediaman masing-masing.
Sekali lagi, rumah kediaman Hishamuddin dengan bersahaja memenangi acara kali ini dengan mencatatkan rekod jatuhan pin terbanyak walaupun tiada niat untuk menang melainkan untuk memberikan sokongan motivasi kepada rumah-rumah kediaman lain yang jauh di belakang.
Rumah kediaman Jamil Rais yang bermain dengan sangat serius cuba memberikan saingan, pun begitu hanya berjaya memperoleh tempat kedua. Khabar angin menyatakan faktor kekalahan Jamil Rais adalah kerana Hishamuddin mempunyai dua pemain yang merupakan wakil sekolah suatu ketika dahulu (saudara Dzulfadhli Lamin & saudara Ritzwan Roslan) manakala mereka hanya mempunyai seorang pemain (saudara Amirul Asyraf). Apa pun, yang pasti, itu hanyalah alasan.
Rumah kediaman Halimi pula telah memberikan kejutan awal apabila saudara Hafiz Jamal secara tiba-tiba menyinar dan memperoleh strike berulang kali sehingga telah menjadi pemain yang merekodkan jatuhan pin paling banyak. Sayang seribu kali sayang, tiada anugerah best player untuk edisi kali ini. Manakala rumah kediaman Halimi pula hanya berjaya menempah tempat Keempat.
Rumah Zaaba dan Aminuddin Baki pula antara yang paling riuh dengan sorakan tetapi gagal mendapat tempat top 3. Tidak dapat dipastikan punca namun mungkin disebabkan faktor kelaparan kerana para pemain kelihatan terus bergegas ke satu restoran daun pisang sejurus selepas tamat permainan dan sesi bergambar.
Manakala rumah kediaman Dato Onn pula boleh dikatakan cemerlang pada acara kali ini apabila berjaya mendapat tempat ketiga (tetapi masih lagi di kedudukan tercorot secara keseluruhan).
Berikut adalah kedudukan setiap rumah kediaman bagi acara perlawanan bowling berpasukan yang berlangsung pada hari ini:
- HISHAMUDDIN : 6 mata
- JAMIL RAIS : 5 mata
- DATO ONN : 4 mata
- HALIMI : 3 mata
- AMINUDDIN BAKI : 2 mata
- ZAABA : 1 mata
Sekali lagi, terima kasih diucapkan kepada kesemua rakan yang hadir memeriahkan acara pada hari ini. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada kesemua ahli jawatankuasa program khususnya saudara Asyraf Rafi dan saudara Al-Amin atas sumbangan masa dan tenaga dalam menjayakan edisi kali ini.
Makluman terkini
Pencalonan bagi pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja ASAS 0505 sesi 2023 – 2025
Utama / Aktiviti / Pengumuman
