Kumpul Batch Perdana 2021
KUMPUL BATCH PERDANA 2021
Persatuan Alumni Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya Kelas 2005 – 2009
AHAD | 05 Sept 2021
Alhamdulillah seramai lebih daripada 90 orang rakan-rakan batch #FIGHTERS0509 telah meluangkan masa menyertai kumpul batch perdana yang julung kali diadakan pada 5 September lepas.
RINGKASAN AGENDA YANG DIBINCANGKAN:
1. Pengerusi, Sdr Ahmad Zikri telah memaklumkan bahawa batch FIGHTERS0509 kini telah berdaftar sebagai satu persatuan alumni yang sah di bawah Registry Of Societies (ROS) – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
2. Nama rasmi yang didaftarkan dengan ROS adalah Persatuan Alumni Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya Kelas 2005 hingga 2009 (ASAS 0509). Persatuan boleh menggunapakai nama singkatan ASAS0509
3. Sdr Khalil Mokhti mengumumkan bahawa Biro Sukan kini sedang menganjurkan acara FIGHTERS 0509 Virtual Run 2021. Program ini adalah dibawah kelolaan Ketua Biro Sukan: Sdr Cikgu Qhufaizal
