FIGHTERS 0509
Fight In Great Honour To Earn Respect & Success
FIGHTERS 0509 adalah batch pelajar Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya (SAS) yang sebahagian besarnya telah mendaftar masuk ke SAS pada tahun 2005 dan sebahagian yang lain telah mendaftar masuk pada tahun 2008. Nama FIGHTERS 0509 adalah gelaran nama yang telah diwarisi secara tradisi daripada batch 0105 sebelum mereka meninggalkan SAS pada tahun 2005. Gelaran “Fighters” adalah satu akronim yang keseluruhannya membawa maksud “Fight In Great Honour To Earn Respect & Success.”
Batch FIGHTERS 0509 adalah kumpulan pelajar SAS yang pertama mendaftar masuk ke Putrajaya semasa Tingkatan 1, menjadikan FIGHTERS 0509 sebagai batch pelajar SAS yang pertama belajar dan hidup beasrama di SAS, Putrajaya selama lima tahun. Walaupun tidak pernah merasai pengalaman belajar dan hidup berasrama di lokasi Cheras, Kuala Lumpur, FIGHTERS 0509 masih dapat merasakan semangat cintakan sekolah dan menikmati keseronokan tradisi-tradisi yang dihadapi oleh semua pelajar SAS.
Walaupun setelah lebih 20 tahun meninggalkan SAS, ahli-ahli FIGHTERS 0509 masih lagi berjumpa dan menjalankan aktiviti-aktiviti bersama secara aktif. Kni FIGHTERS 0509 telah melangkah setapak lagi ke hadapan dengan menubuhkan ASAS 0509 dengan matlamat untuk memaksimakan aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan dan supaya kesemua ahli keluarga yang terdekat (terutamanya isteri dan anak-anak) dapat menerima faedah daripada hubungan brotherhood yang sedia ada ini. Kerana walau sesiapa pun kita dan walau di mana pun kita berada, air yang dicincang tidak akan putus!
Lagu Batch
Anak Cemerlang
Kami lah permata
Anak kesayangan
Kebanggaan ayah dan ibu
Kami dibesarkan
Dengan kasih sayang
Hanya yang terbaik untukku
Menjadi harapan
Di masa hadapan
Kami lah anak yang cemerlang
Nama Batch
Fighters 0509
Fight.In.Great.Honour.To.Earn.Respect.And.
Success.
Jumlah Ahli
168 Orang
Tahun Belajar
2005 – Daftar Tingkatan 1
2008 – Daftar Tingkatan 4
2009 – Menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia
Ketua Pelajar
Mohd Hasrul Hanif bin Khairul Anwar
Kapten Rumah
Dato Onn – Ariff Aizuddin Abd Manap
Halimi – Abdullah Shahar
Jamil Rais – Izzat Sazali
Hishamuddin – Adam Luqman Amdan
Aminuddin Baki – Shafiq Saisfadhli
Zaaba – Mohd Nurhanif Husain
