FIGHTERS 0509 INTERHOUSE SHOWDOWN 2024/2025 – BOLA TAMPAR
Persatuan Alumni Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya Kelas 2005 – 2009
IWK ECO PARK @ PANTAI DALAM | 04 Januari 2025
Perlawanan bola tampar rentas rumah telah selesai diadakan pada hari ini bertempat di IWK Eco PArk @ Pantai Dalam. Tahniah kepada rumah Hishamuddin dan Zaaba yang berjaya mengungguli tempat pertama bersama!
Rumah kediaman Hishamuddin meneruskan rentak cemerlang (sejak dari zaman sekolah) dengan merangkul kedudukan johan buat kali kedua setelah menempah tempat pertama pada kejohanan badminton yang lepas.
Berikut adalah kedudukan setiap rumah kediaman bagi acara perlawanan bola tampar yang berlangsung pada hari ini:
- HISHAMUDDIN : 6 mata
- ZAABA : 6 mata
- HALIMI : 4 mata
- JAMIL RAIS : 4 mata
- DATO ONN : 1 mata
- AMINUDDIN BAKI : 1 mata
Terima kasih diucapkan kepada kesemua rakan-rakan yang hadir memeriahkan acara pada hari ini.
Makluman terkini
Pencalonan bagi pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja ASAS 0505 sesi 2023 – 2025
Utama / Aktiviti / Pengumuman
