Skip to content

ASAS 0509

Persatuan Alumni Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya Kelas 2005 – 2009

Persatuan Alumni Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya Kelas 2005 – 2009 (ASAS 0509) adalah sebuah persatuan berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) yang telah ditubuhkan pada 8 Ogos 2021. Penubuhan ASAS 0509 adalah hasil daripada inisiatif beberapa ahli batch 0509 yang berhasrat untuk melihat rakan-rakan batch 0509 mengekalkan dan mengeratkan lagi hubungan brotherhood yang sudah lama terjalin walaupun sudah lebih 20 tahun ahli-ahli batch apatah lagi apabila kesemua ahli-ahli kini sudah berkerjaya dan berkeluarga. Penubuhan ASAS 0509 juga mempunyai matlamat utama untuk memberikan nafas baharu kepada aktiviti-aktiviti dikalangan ahli batch 0509 supaya lebih bersifat kekeluargaan serta dapat memfokuskan kepada aktiviti-aktiviti kebajikan di kalangan ahli yang bukan sahaja memberikan manfaat kepada individu, tetapi juga kepada isteri dan anak-anak setiap batch 0509 sebagai sebahagian daripada keluarga besar ASAS 0509.

ASAS 0509 juga ditubuhkan dengan matlamat jangka masa panjang untuk menabur bakti kepada SAS melalui sumbangan kepada guru-guru dan dalam apa jua bentuk dan juga untuk menyumbang kepada persatuan induk alumni sekolah iaitu Persatuan Alumni Sekolah Alam Shah (ASAS) dalam apa jua cara yang termampu walapun kesemua ahli batch 0509 masih lagi di peringkat adik-adik. 

Sebagai batch pertama yang mendaftar Tingkatan 1 di tapak sekolah yang baru iaitu di Putrajaya, ASAS 0509 juga ditubuhkan untuk bergiat aktif dalam persatuan induk kelak dan ingin menyahut saranan ASAS melalui slogan “Bridging the gap” supaya tidak ada jurang di kalangan bekas pelajar yang belajar di lokasi lama iaitu Cheras, Kl dan juga di Putrajaya.

ASAS 0509

Nama Persatuan

Persatuan Alumni Sekolah Sultan Alam Shah

Putrajaya Kelas 2005 – 2009 (ASAS 0509)

No. Pendaftaran. [PPM-013-14-04082021]

Tahun Penubuhan

2021

Lokasi

Kuala Lumpur

Senarai Presiden

2021 hingga 2023- Ahmad Zikri Mohamad

2023 hingga kini – Zulhilmy Abd Manan