Skip to content

FIGHTERS 0509

Fight In Great Honour To Earn Respect & Success

FIGHTERS 0509 adalah batch pelajar Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya (SAS) yang sebahagian besarnya telah mendaftar masuk ke SAS pada tahun 2005 dan sebahagian yang lain telah mendaftar masuk pada tahun 2008. Nama FIGHTERS 0509 adalah gelaran nama yang telah diwarisi secara tradisi daripada batch 0105 sebelum mereka meninggalkan SAS pada tahun 2005. Gelaran “Fighters” adalah satu akronim yang keseluruhannya membawa maksud “Fight In Great Honour To Earn Respect & Success.”

Batch FIGHTERS 0509 adalah kumpulan pelajar SAS yang pertama mendaftar masuk ke Putrajaya semasa Tingkatan 1, menjadikan FIGHTERS 0509 sebagai batch pelajar SAS yang pertama belajar dan hidup beasrama di SAS, Putrajaya selama lima tahun. Walaupun tidak pernah merasai pengalaman belajar dan hidup berasrama di lokasi Cheras, Kuala Lumpur, FIGHTERS 0509 masih dapat merasakan semangat cintakan sekolah dan menikmati keseronokan tradisi-tradisi yang dihadapi oleh semua pelajar SAS. 

Walaupun setelah lebih 20 tahun meninggalkan SAS, ahli-ahli FIGHTERS 0509 masih lagi berjumpa dan menjalankan aktiviti-aktiviti bersama secara aktif. Kni FIGHTERS 0509 telah melangkah setapak lagi ke hadapan dengan menubuhkan ASAS 0509 dengan matlamat untuk memaksimakan aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan dan supaya kesemua ahli keluarga yang terdekat (terutamanya isteri dan anak-anak) dapat menerima  faedah daripada hubungan brotherhood yang sedia ada ini. Kerana walau sesiapa pun kita dan walau di mana pun kita berada, air yang dicincang tidak akan putus!

Lagu Batch

Anak Cemerlang

Kami lah permata

Anak kesayangan

Kebanggaan ayah dan ibu

Kami dibesarkan 

Dengan kasih sayang

Hanya yang terbaik untukku

Menjadi harapan 

Di masa hadapan

Kami lah anak yang cemerlang

FIGHTERS 0509

Nama Batch

Fighters 0509

Fight.In.Great.Honour.To.Earn.Respect.And.

Success.

Jumlah Ahli

168 Orang

Tahun Belajar

2005 – Daftar Tingkatan 1

2008 – Daftar Tingkatan 4

2009 – Menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia

Ketua Pelajar

Mohd Hasrul Hanif bin Khairul Anwar

Kapten Rumah

Dato Onn – Ariff Aizuddin Abd Manap

Halimi – Abdullah Shahar

Jamil Rais – Izzat Sazali

Hishamuddin – Adam Luqman Amdan

Aminuddin Baki – Shafiq Saisfadhli

Zaaba – Mohd Nurhanif Husain